Kelab Rakan Muda
![]() |
| Rakan Muda |
Maklumat Am:
PENGENALAN
Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak 29 Oktober 1994 Dilancarkan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut.
Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.
Visi
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara.
Misi
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.
Objektif
- Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik
- Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
- Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti
- Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti.
Mekanisma Pelaksanaan
- -Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen.
- -Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen.
- -Sekretariat Rakan Muda.
- Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT.
- Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri.
- Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah.
- Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda.
- Sekretariat Rakan Muda Industri.
- Sekretariat Rakan Muda PBT.
- Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat.
- Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan. - -Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan.
- Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah).
- Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT).
- Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM).
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa).
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat).
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan).
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha).
- Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi).
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam).
- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda).
Logo&Makna
| 8 GAYA HIDUP | ||
![]() | Rakan Cinta Alam Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah. | |
![]() | Rakan Inovasi Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik. | |
![]() | Rakan Kecergasan 3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah. | |
![]() | Rakan Masyarakat Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling. | |
![]() | Rakan Seni Budaya Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain. | |
![]() | Rakan Wajadiri Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung. | |
![]() | Rakan Wirausaha Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah. | |
![]() | Rakan Siber Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda. | |
![]() | Rakan Muda Jiran Muda Penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda tidak terhad semasa waktu persekolahan sahaja. Pelajar juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan melalui program Rakan Muda Jiran Muda seperti Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujung minggu di kawasan perumahan melalui program ‘Weekend Champs’ melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri. |
![]() | Sukarelawan Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. |
![]() | Rakan Muda Wawasan Desa Kepimpinan Kesedaran dan Kerjasama adalah aspek bagi pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spritual, Mental dan Fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. |
![]() | Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. |
Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda
i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.
ii.. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri.
iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.
i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.
ii.. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri.
iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.
Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda
i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna.
ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara.
iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara.
iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri.
Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi muda ke arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. GerakKan dan program yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan ‘Gaya Hidup’ berkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda. i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna.
ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara.
iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara.
iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri.
- Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).
- Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.
- Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.
- Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Wawasan Program Rakan Muda
Matlamat Program Rakan Muda
Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik.
Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendak pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelanggan yang berwibawa. Dasar Kualiti
Program Rakan Muda
Rakan Muda















0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home